Monday 20 February 2012

salah siapa?

2 mggu lepas,anak saya aina ikut ke tempat kerja.saya ni bekerja di dalam makmal kimia. maka banyaklah alat2 radas dan peralatan analisis di sini. sedang saya sibuk buat kerja,dan aina leka bermain, tiba2 dia tanya saya,mama,bila sekolah aina nak buat (eksperimen) mcm ni.tak bestla.terdiam saya seketika. betul jugak apa yg ditanya aina tu. klu diamat-amati, silibus sekolah tadika, semua lebih kurang jer kan, menulis, mengira, menyanyi, makan, nak lebih sikit bersenam. dan ada la sesetengah sekolah menambahkan aktiviti kokurikulum yg lain seperti berenang. tapi...aktiviti yg lebih cenderung kepada sains dan teknologi, amat jarang dibuat. kenapa ye?adakah mereka ini masih terlalu awal untuk didedahkan dgn semua ini. mungkin nanti mereka tidak faham, membahayakan, leceh? mungkin ada yg berfikir begitu. 
               tapi tahukah kita minat2 anak2 ini dalam pelajaran sains mestilah dipupuk sebelum mereka menjejakkan kaki ke sekolah lagi. jika tidak, timbul la, sains tu susahla mama, tak nakla belajar matematik,payah nak ingat. jadi tak kan kita nak salahkan program pendidikan di Malaysia, nak salahkan sekolah, nak salahkan cikgu? so kita la sebagai ibu bapa, harus menimbulkan rasa sayang, suka, cinta kepada sains. bukan susah pun, contohnya, tiap2 minggu, seperti hari ahad, buat satu eksperimen yg mudah (yang kita kadang2 panggil backyard science), seperti tanam tauge...ha..masih ingat lg kan? kecik2 dulu ada buat, senang jer, guna biji kacang hijau, kapas, bekas. 1 letak tempat ada cahaya, 1 tempat gelap. dah seminggu tengok apa jadi. kemudian terangkanlah pada anak2 kita. saya pasti mereka pasti seronok. eh..saya ni tak da background tentang sains, belajar dulu sampai mana jer...so macamamana? la...kan ada banyak sumber2 yang boleh kita cari, internet, buku, majalah.... 
so hendak seribu daya,tepuk dada tanya selera...

No comments:

Post a Comment

HOT NEWS